PESANAN BUAT ADAM DAN HAWA....

ni aku petik dr majalah DARA dulu2...

DARI HAWA UNTUK ADAM

ADAMKU,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan kono-konconya.

ADAMKU,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku dengan majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar makruf dan nahi munkar.

ADAMKU
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku menjadi calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiah, sekuat iman umpama Sumayyah, seikhlas dan semurni Halimatus Saadiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.














BINGKISAN TULUS DARI ADAM UNTUK HAWA


HAWAKU,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsuku satu, akalku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan, kadangkala aku juga yang tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya di sebalik seorang lelaki, berdirinya seorang wanita.


HAWAKU,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidupku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untuk ku.Aminkan doa bacaan ku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku,kelak solehah menjadi milikmu.

HAWAKU
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kaau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-katamu berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu symbol mar’a fatonah. Peliharalah agama sepertimana auratmu terjaga rapi, siramlah hati dengan takwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau dicipta daripada rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut menghayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa.Kelak Hawaku ini bakal menghuni al-Firdausi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment